Ahad, 21 Ogos 2011

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat PMR dan SPM 2011

Salam sejahtera. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh: 15 September 2011(Khamis)
Masa : Lepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al Hamdaniah, STAR.
Semua ibu bapa penjaga dijemput hadir untuk bersama memohon limpah rahmah dan keberkatan bagi kejayaan anak-anak kita. Wassallam.

Selasa, 9 Ogos 2011

Bulan Puasa, Bulan Peperiksaan

Salam Ramadan kepada semua, dalam bulan puasa ini, bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos 2011 anak-anak kita menduduki pra peperiksaan SPM untuk melihat sejauh mana persediaan mereka selama ini. Manakala adaik-adik yang lain menduduki peperiksaan percubaan PMR bermula 9 Ogos 2011 juga hingga 16 Ogos 2011. Pihak sekolah mendoakan kesemua anak-anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang sebelum menduduki peperiksaan sebenar agar mereka lebih yakin untuk membuktikan kejayaan yang lebih gemilang, dalam peperiksaan yang sebenar nanti. Semoga kejayaan milik kita semua. Doa guru dan ibu bapa mengiringi kejayaan kamu semua...