Ahad, 9 Oktober 2011

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
Kepada;
Tuan, Puan
Ibu Bapa/ Penjaga

IBADAH KORBAN/AKIKAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan  Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha seperti ketetapan berikut;
                Tarikh: 9 November 2011 (Rabu)
                Tempat : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
                Aturcara Majlis : 7.30 pagi                             -              Penyembelihan Korban/Akikah
                                                12.30 tengahari                 -              Jamuan

3.            Program Ibadah Korban/Akikah ini bertujuan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di peringkat sekolah  dan sebagai tanda kesyukuran  atas kejayaan yang telah dicapai oleh STAR pada tahun ini.
Melalui program ini juga, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar, PIBG, STAROBA dan masyarakat setempat  melalui aktiviti bergotong royong bagi menjayakan program tersebut.

4.            Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan pihak PIBG
mengalu-alukan pihak Tuan/Puan untuk turut serta melakukan ibadah korban/akikah  tersebut.
Jumlah bayaran untuk satu bahagian adalah RM 380.00 (Tiga Ratus Lapan Puluh Ringgit Sahaja)
Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, money order dan postal order atas nama PIBG SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN.
5.            Bersama dengan ini dilampirkan borang penyertaan/ jawapan untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan/ Puan untuk dikembalikan sebelum atau pada 25 Oktober 2010.

Semoga segala usaha, kerjasama dan pengorbanan kita selama ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


……………………………………………………………………………………
(HAJI ABDUL HASHIM BIN ABDUL KARIM, AMP., PPG)
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
IPOH.

Tiada ulasan:

Catat Komen