Rabu, 18 Januari 2012

Program Jayawaris (Akujanji) Pelajar Tingkatan 3 dan 5 serta Mesyuarat Agung Tahunan PIBG STAR 2012

Ibu bapa Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh, Perak

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PROGRAM JAYAWARIS (AKUJANJI) TINGKATAN 3 DAN 5 2012.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sehubungan dengan itu, Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dipersilakan hadir ke Program Jayawaris (Akujanji) berkenaan yang akan diadakan pada :
            Tarikh              :           29 Januari 2012 (Ahad)
            Tempat            :           Dewan STAR
            Masa               :           10.00  pagi
3.         Agenda program adalah seperti berikut;
                        10.00 pagi       -           Kehadiran ibu bapa/penjaga pelajar Tingkatan 3 dan 5
                                                -           Ucapan Pengerusi Majlis (Yang Di- Pertua PIBG)
                                                -           Ucapan Pengetua Cemerlang STAR
-           Perbincangan prestasi Pep. Akhir Tahun 2011 bersama guru tingkatan dan guru subjek (menandatangani Akujanji Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama ibu bapa)
                        12.00 tgh         -           Bersurai
4.         Kehadiran adalah sangat diharapkan dari semua pelajar terlibat bersama ibu bapa masing-masing bagi memastikan objektif program yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.
5.         Segala kerjasama yang diberikan serta kehadiran Yg. Bhg. Dato’/Datin/ Tuan/Puan dalam program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

.........................................
(HJ. ABDUL HASHIM B. ABDUL KARIM, AMP., PPG.)
Pengetua Cemerlang,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh,Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan