Rabu, 18 Januari 2012

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012

Ibu bapa Pelajar & Guru-guru
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh, Perak

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG STAR TAHUN 2012


Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sehubungan dengan itu, Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG STAR bagi tahun ini yang akan diadakan pada :
            Tarikh              :           29 Januari 2012 (Ahad)
            Tempat            :           Mini Lacture Theatre 1(MLT 1)
            Masa               :           02.00  petang
3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
a) Ucapan Pengerusi Majlis (Yang Di-Pertua).
b) Ucapan Pengetua Cemerlang STAR (Penasihat)
c) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2011
d) Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
e) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir pada      31 Disember 2011.
f) Memutuskan jumlah sumbangan untuk tahun 2012
f) Membahaskan usul-usul.
g) Ucapan penangguhan.
h) Hal-hal lain.


4.         Bersama-sama ini juga disertakan Borang Usul untuk membolehkan Dato’/Datin/Tuan/Puan mengemukakan sebarang cadangan untuk di bawa dalam Mesyuarat Agung tersebut.  Sila kembalikan borang usul yang telah lengkap diisi kepada Setiausaha PIBG STAR pada atau sebelum 20 Januari 2012.

5.         Segala kerjasama yang diberikan serta kehadiran Yg. Bhg. Dato’/Datin/ Tuan/Puan dalam mesyuarat ini nanti amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

.........................................
(EZANEE BIN MOHAMAD)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh,Perak


Salinan kepada :
Pengetua Cemerlang,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
31400 Ipoh



Nota : Dato’/Datin/Tuan/Puan juga boleh mengemukakan usul melalui emel  kepada setiausaha PIBG, En. Ezanee Mohamad, iaitu ezamo9928@gmail.com atau melalui fax ke nombor 05-5467000. 


Tiada ulasan:

Catat Komen